Sunday 29 April 2012

Ouch! How to learn makeup?

Cara belajar make up? 

Mudah cepat dan jimat :)

perkara paling best korang boleh jugak makeup muke sendiri
tapi korang dinasihatkan untuk tangkap gambar guna camera dan ditempat yang cerah! 

Paling best , game ni ada beri pilihan brand dan juga harga!
Belagak macam korang shopping barang semua ini untuk jadi juru make up yang profesional :p

Ini lah 2 gambar yang aku makeup! 





dah bersedia untuk jadi juru make up profesional?

Friday 27 April 2012

Yaasinnn.

Aku rasa nak luah sesuatu. Waktu aku tengah baca surah Yaasin tadi, aku rasa sedih yang teramat sehingga aku keluarkan air mata. Ada separuh orang cakap, orang yang tak tutup aurat atau yang melakukan dosa contohnya minum arak tak perlulah solat kerana Allah takkan terima solatnya sebab tetap melakukan dosa. 

Ada juga beberapa kali aku terfikir, apa semua orang yang buat dosa ni tak perlu solat hanya kerana MANUSIA MENYATAKAN ALLAH TIDAK MENERIMA SOLATNYA?

Dari pengetahuan aku, Solat itu adalah WAJIB. Apa juga dosa yang kita lakukan, perlu kita jalankan perkara yang wajib juga tanpa ada alasan. 

Hidayah perlu dicari bukan hanya menunggu tanpa usaha. 

Dari solatlah, akan kita memohon pada Allah supaya kita semua diberikan hidayah. Betapa indah sesiapa yang terima Hidayah Allah tanpa diminta. Jika kita tak mencarinya sekarang bila lagi akan kita cari??

Aku pernah dengar satu kisah dari Tok Women...

Di satu kampung ada seorang pencuri. Walaupun dia mencuri dia tetap SOLAT. Pada suatu hari, sedang dia mencuri peti ais, tiba-tiba dia terdengar Azan subuh.  Dengan segera , dia meletakkan peti ais itu dan solat. Tuan rumah pun tersedar dan ternampak pencuri tersebut solat. 

Setelah selesai solat :

Tuan rumah : terima kasih encik kerana telah selamatkan rumah saya dari dirompak.

Pencuri : Saya yang mencuri.

Tuan rumah : saya tidak percaya sama sekali. Terima kasih encik.

Pencuri : Saya yang mencuri.

Sejak dari saat itulah, pencuri itu bertaubat dan berubah.

SAPA PUN ANDA, APA ANDA LAKUKAN. YANG WAJIB TETAP WAJIB.


Thursday 26 April 2012

Resepi / Recipes : Pudding Caramel

Hi semua, memandangkan hari ini saya berasa sangat kelapangan waktu, jadi saya telah menghabiskan waktu saya dengan memasak pudding caramel. Wahhh! Alhamdulillah menjadi. 

Bahan-bahan Puding :

  • 8 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 cup kecil gula
  • Pewarna Vanila
Bahan-bahan caramel :

  • 7 sudu gula
  • 1/2 cup air
Cara-cara :
  • Masukkan bahan-bahan caramel iaitu gula dan air ke dalam kuali, dan masakkan sehingga warna keemasan. Selepas itu masukkan ke dalam loyang yang nak diletakkan puding dan ketepikan.
Kemudian , 
  • Asingkan telur kuning dan putih. Kacau telur putih bersama gula 1 cup sehingga kembang (disyorkan pakai mesin).
  • masukkan Pewarna Vanila , telur kuning dan susu sejat dan kacau lagi sehingga rata dan gebu.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air baru nak mendidih , baru korang masukkan bahan-bahan tadi kat dalam bekas. Kukus sehingga 20 minit dan biarkan sejuk sedikit dan korang boleh terbalikkan letak atas pinggan :D



Terima kasih buat Kak Ary untuk resepi ni! :D

Resepi / Recipes : Pecal

Assalamualaikum my visitors! Hari ini aku nak share dengan korang semua makan malam aku yang mama aku yang tersayang siapkan. Makanan yang aku nak kongsikan ni, makanan orang jawa ala-ala orang putih gitu :D


P E C A L

Untuk pengetahuan korang semua, pecal ni akan dimakan dengan makanan-makanan rebus dan juga bergoreng. Pecal ini dikategorikan makanan tradisi keluarga aku. Setiap kali perayaan atau pun openhouse mesti ada makanan ni. 

Antara bahan-bahan rebus / mentah yang boleh korang gunakan:

  • kangkung
  • taugeh
  • bee hun
  • kacang panjang
  • timun (tidak perlu direbus) potong halus2
Bahan yang perlu digoreng:
  • tempe
  • tauhu
Kuah pecal ni susah nak jumpa yang basah. Ramai orang malas nak buat. Kalau ada pun macam yang aku jumpa kat pasar, itu kering punya. Bahan sikit. Ini bahannya banyak! dan jugak semua kene digoreng. Percaya cakap aku, korang pun akan malas nak buat! :p

Untuk pengetahuan korang semua , belah ayah aku, adalah orang jawa. Belah mak aku pulak Banjar. Hari raya 2011 , belah nenek aku order 5kg pecal kat Embah (nenek belah ayah) aku =.= So aku adalah mangsa yang akan tolong nenek aku. Hahahhaha. Sebab nenek aku tak larat nak buat semua benda. Waktu itulah baru aku tahu kenapa Embah malas nak buat pecal. 

Bahan-bahan:

  1. bawang merah 
  2. bawang putih
  3. cili kering
  4. kacang tanah
  5. belacan
  6. cekor
  7. daun limau
  8. asam jawa
  9. gula
  10. garam
Bahan 1-5 perlu digoreng dan dikisar kering, tapi jangan terlampau halus. Nanti tak sedap sangat. Cekor tu pun perlu dikisarkan sekali. 

Daun limau tu korang kene gunting halus-halus =.= then gaul kan sekali dengan gula , garam dan asam jawa. Asam jawa tu korang tak boleh letak air tau! Bahan semua kering, jadi korang kene uli sampailah rata gula dan garamnya! :D Setelah siap, boleh la bungkus dan timbang pack kan setiap 1kg kemudian simpan dalam peti ais. Boleh tahan sehingga 6 bulan jika letak dalam peti ais.


kalau korang nak makan , letakkan air panas dan gaul ikut kepekatan dan rasa yang korang nak :D



kangkung , kacang panjang dan bee hun


tempe dan tauhu


kuah pecal yang nenek aku buat




inilah pinggan aku! sedap sampai jilat siku! :p


Saturday 21 April 2012

Hidayah!

- Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.

- Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan. 

- Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat

- Cari kebaikan orang dulu sebelum melihat keburukannya.

- Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha. 

- Benda yang kita kena lupa adalah kebaikan diri sendiri dan keburukkan orang lain.

- Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.

- Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh. 

- Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah. Perempuan solehah tidak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

- Mungkin hari ini tidak boleh mengubah apa yang berlaku kelmarin tetapi hari ini mungkin boleh mengubah apa yang berlaku esok.

- Ustaz Azhar Idrus -


Friday 20 April 2012

Allah always listen to you

Alhamdulillah, aku bersyukur terhadap-Mu.
Terima Kasih ya Allah kerana mendengar doaku.

Bila kita percaya, usaha & doa.
Allah pasti bersama dengan kita.

Wednesday 18 April 2012

Usaha dan doa!

Doa tanpa usaha itu bohong. 

Usaha tanpa doa itu sombong.


- Ustaz Azhar Idrus -

p/s: 

1. saya tak akan membenarkan diri saya menyesal setelah saya usaha dan doa untuk walaupun tidak memiliki apa yang saya harapkan. 

2. saya akan usaha supaya tidak mengeluh dengan ujian dan cabaran yang Allah bagi kerana apa yang Allah beri, itu juga kesan sebahagian dari dosa silam.




Thursday 12 April 2012

Costumes Party!

Hello guys!

Sekarang dah bulan April. Banyak company start buat company annual dinner Semua orang mesti sangka Annual Dinner Company selalunya mesti pada hujung tahun kan? FYI, company yang besar-besar, akan mengadakan Annual Dinner mengikut department. Contohnya , PETRONAS. Zaman sekarang banyak syarikat buat Annual Dinner dengan mengenakan Costume. Setiap party akan ada tema Costume, Contohnya : Wild-Wild West , Cartoon, Movie Character dan sebagainya.

Hari ini saya nak perkenalkan satu Costume Shop yang banyak pilihan dan popular di sekitar Kuala Lumpur.




Korang semua dinasihatikan agar datang 2 minggu / 3 minggu awal dari tarikh partyKalau korang datang awal-awal pun korang hanya boleh servay. All those people return costumes on Monday. Then they send to fast laundry. Please come on Tuesday onwards because party always on weekend.Baju costume ni bukan main sebarang try, sebab mereka nak control hygiene. FYI, mereka cuma membenarkan korang untuk try sebanyak maximum 3-4 pasang.

Kalau ada diantara korang semua yang nak beli costume ready made atau korang ada design sendiri atau mascot pun boleh jugak tapi masa yang diambil about 4-5 weeks. Just korang skech kan design , scan then letak ukuran, material dan tarikh nak pakai send to email Costumes Empire! :) 

Paling best kedai costume ni selalu update baju diorang. Kalau costume lama diorang tukar. Kebanyakkan baju princess diorang, bukan jenis yang beli dah siap. They have their own tailor Ok! :p

Kebanyakkan baju costume princess kalau beli online, material kain tak seindah mane :p



29 Oct 2011@Jalan Changkat Bukit Bintang, KL 
Uncle Thomas wearing Mark Anthony
 Mc'd tu regular customer Costumes Empire dah hampir 5 tahun.


29 Oct 2011@ G Tower Club
Lelaki kedua dari kiri, memakai costume Captain Scurvy.
Lelaki tu Manager kat G Tower Club dan dalam 10 orang staff ambil costume dari Costumes Empire!
Captain Scurvy thanks ya for invited to G Tower Club!


eh eh ada tangan nak korek hidung saya ;p
saya bersama Ms Linda 
Saya pakai Red Vixen + Witch Hat
Ms Linda pakai Black and Red Vixen + devil horn

Monday 9 April 2012

Kehidupan itu Doa

Assalamualaikum ;)

KEHIDUPAN ITU ADALAH DOA

hari tu aku dengar ayat ni, macam simple dan mudah nak faham.
Bila fikir balik, aku tak faham apa maksudnya
aku dengar ayat ni dari seorang tenaga pengajar di SKEM

untuk memudahkan kefahaman, aku akan bercerita 
(sorry bahasa tunggang langgang)

Orang di Australia kebanyakkannya bukanlah orang Islam
tetapi cara kehidupan mereka itu adalah doa pada mereka.
Cara kehidupan yang kita pilih adalah salah satu penentu kehidupan kita akan datang.

Thursday 5 April 2012

How to make your budd look good :p

Hi ladies!this is the right time to rock you budd ;p
make it look better and GOOD 


THE KICKBACK
To do it, start out on all fours. For 90 seconds, kick your right leg straight out behind you at a 45 degree angle to the floor. Do the same with your left leg. Repeat this three times.

Side-Walking Lunges  
This exercise tightens up the outer part of your butt: Instead of lunging forward and backward, step out to the side, bend your right knee and lunge sideways. Repeat 10 times, and then switch to your left side. 

The Hydrant 
This exercise targets your glutes and hips. Start out on all fours, and keeping your right knee bent, lift it up to the side until it's parallel with your hips (like a dog peeing on a fire hydrant). Do this for 90 seconds on each side, and repeat this rotation three times.

Kettlebell Swings 
Just like stair runs, kettlebell swings burn calories and tone your bod. Start with a light kettlebell in both hands, with your feet hip width apart. (Doing this at home? Use a milk jug with a screw cap-it works just like a kettlebell.) Swing the bell toward the back of your body and then thrust your hips and thighs forward while swinging your arms in front. Squat down when you bring it back toward the ground and repeat. Do this three times for 30 or 45-second intervals. 

The Hip Extension 
Start out on all fours and, keeping your right leg bent, push it back until it's in line with your spine, with your foot and upper thigh parallel to the ceiling. Do this for 90s seconds and then do the same with your left leg.

Stair Runs
Just like kettlebell swings, these torch calories and firm up your butt in one go. Start by running up stairs, one step at a time. Then switch to two steps at a time, and build your way up three steps at a time. Start out by doing this 10 times in a row, and gradually build up to more. Want to take it up a notch? Carry a medicine ball or other weight while you do it. 

Monday 2 April 2012

Sunday 1 April 2012

Spirit!

No man or woman can be strong, gentle, pure, and good, without the world being better for it and without someone being helped and comforted by the very existence of that goodness.


Thank you so much! :)