Saturday 5 May 2012

Kursus Jangka Pendek Rawatan Asas Muka

Assalamualaikum semua. Semalam aku mengikuti satu Kursus Jangka Pendek Rawatan Asas Muka selama 1 hari sahaja. Dalam kelas ni mula-mula mereka akan ajar korang basic kenali organ paling terbesar sekali dalam badan manusia. Tahu tak apa?

KULIT

Benda ni korang ada belajar waktu kelas sains dulu! 

Now aku nak kenalkan kepada korang semua bagi sesiapa yang sudah tak ingat. Kulit kita terbagai kepada 3 lapisan:

  • Epidermis (Lapisan Atas) - Mengandungi sel-sel mati di bahagian atas dan sel-sel hidup di lapisan bawah.
  • Dermis (lapisan tengah) - Mengandungi kolagen untuk mengekalkan kenajalan kulit.
  • Subcutaneous (lapisan bawah) - Mengandungi hanya tisu lemak untuk melindungi kulit daripada tekanan luaran.
Untuk pengetahuan semua, semakin umur kita meningkat makin berkurangan kolagen di lapisan tengah kulit kita. Jadi untuk menambahkan keanjalan kulit, kita perlukan kolagen ni. Sekarang pun ada jual macam-macam kolagen kat farmasi.

Sekarang mari kita kenali ciri-ciri jenis kulit:

  • Biasa / Normal
    • licin cerah dan sihat dan bertekstur halus
    • kelembapan yang seimbang
    • keanjalan yang baik , berasakan lembut dan liang roma tidak kelihatan
  • Kering
    • tegang dan bergaris halus
    • laing roma tidak kelihatan dan mudah menggelupas
    • solekan tidak dapat diadun dengan sempurna
    • kulit kelihatan nipis
  • Berminyak
    • berkilat dan berminyak
    • liang roma jelas terbukak
    • berjerawat dan bermasalah bintik hitam dan putih
    • solekan tidak tahan lama
  • Kombinasi
    • bahagian tengah seperti dahi hidung dan dagu (T-zone) lebih berminyak
    • bahagian pipi pula sama ada kering atau normal
  • Sensitif
    • kulit kelihatan nipis dan teganf
    • kelihatan salur darah kecil (capillaries) di permukaan kulit
    • terasa gatal dalam pertukaran cuaca
    • mudah menjadi radang apabila menggunakan alat solek yang tidak sesuai
    • terasa pedih apabila menggunakan penyegar

tengah wap kan muke si Nadia Hidayah (adik saya)



mask muke Nadia Hidayah


ini adalah vacuum jerawat.