Sunday 29 November 2020

Jalan-Jalan Cari Makan - Hameediyah Restaurant , Penang

 Musim PKPB ramai yang tepu duduk kat rumahkan? Sama la macam Iera . Naik tepu la kepala . Ini kali Iera nak berjalan sambil bekerja kat Penang . 

Perjalanan tidak susah sebab syarikat Iera bekerja dah keluarkan surat rentas negeri dan cuma perlu cop / isi borang polis sahaja . Alhamdulillah urusan dipermudahkan selepas ke IPD Gombak , pegawai polis baca surat tu katanya dah mencukupi tapi beliau cop sahaja terus kat surat tu , tak perlu isi borang lagi katanya sebab dah lengkap ! 

Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam dan terus ke Hameediyah Restaurant Penang sebab masa sampai jam 9 malam . Agak lambat untuk dapatkan makanan lain . PKPB sekarang perniagaan hanya boleh sehingga 10 malam sahaja . 

Kat KL ada je Branch tapi tak sesedap dan banyak seperti kat sini . Ini merupakan Hameediyah yang paling lama dan perniagaan ini diwarisi turun temurun . 

Iera bungkus dan makan kat hotel sahaja . Ya Ampun sedap sangat kari udang 😆 kalau korang nak beli standby duit lebih . I pelahap makan dua orang dekat RM150 . Lauk ambil banyak juga .