Monday 17 February 2014

Ulang tahun kelahiran ku yang ke - 22

Bersyukur kehadrat Illahi kerana sampai ke hari ini aku diberikan nyawa untuk bernafas , untuk perbetulkan kesilapan lalu, dan belajar mengenal apa itu kehidupan yang sebenar. Sempena Ulang Tahun Kelahiran ku yang ke-22 , aku berniat , untuk memaafkan sesiapa saja dan aku mahu menjalankan kehidupan ku dengan sebaik mungkin. Buat mereka yang pernah menyinggah ke dalam hidupku, Aku mohon maaf atas segala kesalahan yang aku pernah lakukan. Apa yang telah kita lalui , itu adalah pengalaman yang akan mematangkan kita supaya kita belajar sesuatu.

"Allah tidak membenarkan sesuatu itu terjadi tanpa alasan yang baik."

"Buat ahli keluarga ku, maafkan aku kerana sikap aku mengecewakan semua. Didiklah aku tanpa penat lelah, aku akan usaha sedaya upaya"

"Buat sahabat yang aku tidak mampu membantu apabila kalian susah , aku mohon ampun kerana aku cuba sedaya upaya untuk membantu. "

"Buat sesiapa yang pernah hidup bersamaku, Maafkan aku kerana sikapku. Maafkan aku kerana keangkuhan ku dan maafkan aku apa juga silapku"

Selamat hari jadi Munirah Roslizam.

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Amin