Thursday 26 April 2012

Resepi / Recipes : Pudding Caramel

Hi semua, memandangkan hari ini saya berasa sangat kelapangan waktu, jadi saya telah menghabiskan waktu saya dengan memasak pudding caramel. Wahhh! Alhamdulillah menjadi. 

Bahan-bahan Puding :

  • 8 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 cup kecil gula
  • Pewarna Vanila
Bahan-bahan caramel :

  • 7 sudu gula
  • 1/2 cup air
Cara-cara :
  • Masukkan bahan-bahan caramel iaitu gula dan air ke dalam kuali, dan masakkan sehingga warna keemasan. Selepas itu masukkan ke dalam loyang yang nak diletakkan puding dan ketepikan.
Kemudian , 
  • Asingkan telur kuning dan putih. Kacau telur putih bersama gula 1 cup sehingga kembang (disyorkan pakai mesin).
  • masukkan Pewarna Vanila , telur kuning dan susu sejat dan kacau lagi sehingga rata dan gebu.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air baru nak mendidih , baru korang masukkan bahan-bahan tadi kat dalam bekas. Kukus sehingga 20 minit dan biarkan sejuk sedikit dan korang boleh terbalikkan letak atas pinggan :D



Terima kasih buat Kak Ary untuk resepi ni! :D

Resepi / Recipes : Pecal

Assalamualaikum my visitors! Hari ini aku nak share dengan korang semua makan malam aku yang mama aku yang tersayang siapkan. Makanan yang aku nak kongsikan ni, makanan orang jawa ala-ala orang putih gitu :D


P E C A L

Untuk pengetahuan korang semua, pecal ni akan dimakan dengan makanan-makanan rebus dan juga bergoreng. Pecal ini dikategorikan makanan tradisi keluarga aku. Setiap kali perayaan atau pun openhouse mesti ada makanan ni. 

Antara bahan-bahan rebus / mentah yang boleh korang gunakan:

  • kangkung
  • taugeh
  • bee hun
  • kacang panjang
  • timun (tidak perlu direbus) potong halus2
Bahan yang perlu digoreng:
  • tempe
  • tauhu
Kuah pecal ni susah nak jumpa yang basah. Ramai orang malas nak buat. Kalau ada pun macam yang aku jumpa kat pasar, itu kering punya. Bahan sikit. Ini bahannya banyak! dan jugak semua kene digoreng. Percaya cakap aku, korang pun akan malas nak buat! :p

Untuk pengetahuan korang semua , belah ayah aku, adalah orang jawa. Belah mak aku pulak Banjar. Hari raya 2011 , belah nenek aku order 5kg pecal kat Embah (nenek belah ayah) aku =.= So aku adalah mangsa yang akan tolong nenek aku. Hahahhaha. Sebab nenek aku tak larat nak buat semua benda. Waktu itulah baru aku tahu kenapa Embah malas nak buat pecal. 

Bahan-bahan:

  1. bawang merah 
  2. bawang putih
  3. cili kering
  4. kacang tanah
  5. belacan
  6. cekor
  7. daun limau
  8. asam jawa
  9. gula
  10. garam
Bahan 1-5 perlu digoreng dan dikisar kering, tapi jangan terlampau halus. Nanti tak sedap sangat. Cekor tu pun perlu dikisarkan sekali. 

Daun limau tu korang kene gunting halus-halus =.= then gaul kan sekali dengan gula , garam dan asam jawa. Asam jawa tu korang tak boleh letak air tau! Bahan semua kering, jadi korang kene uli sampailah rata gula dan garamnya! :D Setelah siap, boleh la bungkus dan timbang pack kan setiap 1kg kemudian simpan dalam peti ais. Boleh tahan sehingga 6 bulan jika letak dalam peti ais.


kalau korang nak makan , letakkan air panas dan gaul ikut kepekatan dan rasa yang korang nak :D



kangkung , kacang panjang dan bee hun


tempe dan tauhu


kuah pecal yang nenek aku buat




inilah pinggan aku! sedap sampai jilat siku! :p