Saturday 21 April 2012

Hidayah!

- Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.

- Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan. 

- Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat

- Cari kebaikan orang dulu sebelum melihat keburukannya.

- Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha. 

- Benda yang kita kena lupa adalah kebaikan diri sendiri dan keburukkan orang lain.

- Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.

- Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh. 

- Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah. Perempuan solehah tidak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

- Mungkin hari ini tidak boleh mengubah apa yang berlaku kelmarin tetapi hari ini mungkin boleh mengubah apa yang berlaku esok.

- Ustaz Azhar Idrus -


3 comments:

  1. salam.
    bila sebut hidayah mmg perlu di cari.
    2 tempat yg pernah sy dengaq tanyalah ustaz iaitu pertama majlis ilmu dan ke 2 tmpt takwa.

    ReplyDelete
  2. janji allah adalah benar, seorg sahabat baik saya skrg alhamdulillah dh berubah kerana dia bersungguh2 mencari hidayah. kat mana? kat 2 tempat tadi tu. mungkin itulah yg dinamakan mencari hidayah.

    ReplyDelete
  3. Ws. Alhamdulillah. Golongan yang bertuah, Allah akan berikan hidayah tanpa dicari. La ni, bila duk cakap pasal benda baik "hidayah belum mai lagi" Aduhhhh. Duk ckp pasal hidayah belum mai, usaha pi cari pun dok! Guano ? :D

    ReplyDelete