Thursday 15 March 2012

Hilangkan bau badan x_X

Bila naik BAS dan TRAIN 
selalu saja aku hidu 1001 bau haruman perfume tak der brand ^_^
kadang-kadang smpai terpaksa calit perfume kat tangan supaya aku boleh hidu   
bau PERFUME >.<
korang pernah tak rasa korang ada bau badan?
selalunya tuan punya badan tak akan bau badan sendiri.
Bila ada bau badan
BF / GF / KAWAN pun boleh lari.

PENYEBAB BAU BADAN >.<

  • Faktor Genetik - Fakta ini tidak disokong 100% kerana jika sering mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti mandi minimum 2 kali sehari , pakai pakaian yang bersih serta menjaga pemakanan seharian.
  • Bulu Ketiak / di bahagian Sulit - Dibahagian pangkal rambut terdapat pori-pori yang menjadi bahagian utama bagi kelenjar menghasilkan bau masam :<
  • Stress / Emosi - juga boleh menyebabkan apocrine gland bergiat aktif sehingga meningkatkan keMasaman badan anda hingga ke tahap yang kronik.
  • Kegemukan - juga menyebabkan bau badan terperangkap di setiap bahagian lipatan kulit.
  • Pemakanan - pengambilan makanan yang berempah seperti kari , bawang goreng , durian, minuman keras dan sebagainya.
Tips Hilangkan bau badan

  • Limau - gunakan untuk menggosok  di bahagian ketiak & mandi limau setiap 3 hari untuk mencepatkan hilang bau badan .
  • Bedak - jika anda gemar meletakkan bedak di bahagian ketiak , anda gunakanlah bedak antiseptic.
  • Timun - Gunakan beberapa biji timun dan kisarkan untuk dapatkan jus dan lumur badan anda dengan jus tersebut dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Makanan - kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan bau badan dan perbanyakkan minum air suam.
  • Hampas kelapa - Lumurkan ke seluruh badan dan biarkan selama 45 minit dan bilas.
  • Deodorant - digalakkan pakai untuk mengekalkan bau wangi di ketiak anda tetapi bijak dalam pemilihan deodorant ada juga yang banyak bahan kimia yang menyebabkan ketiak hitam.
  • Hampas teh - lumurkan saja pada badan dan biarkan dalam 15 minit then basuh seperti biasa.