Saturday 21 April 2012

Hidayah!

- Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.

- Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan. 

- Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat

- Cari kebaikan orang dulu sebelum melihat keburukannya.

- Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha. 

- Benda yang kita kena lupa adalah kebaikan diri sendiri dan keburukkan orang lain.

- Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.

- Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh. 

- Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah. Perempuan solehah tidak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

- Mungkin hari ini tidak boleh mengubah apa yang berlaku kelmarin tetapi hari ini mungkin boleh mengubah apa yang berlaku esok.

- Ustaz Azhar Idrus -