Tuesday 27 March 2012

Gelagat orang bila ajak Group Discussion :p

Assalamualaikum ;)

Hari ni masuk office dengan semangat membakar jiwa. Excited terlebih sangat.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa. 
Woooowww...
Hari ni Abang Fahmy kasi aku list number user Toyota cars kat Penang.
Aku kene invite diorang datang pergi Group Discussion di Hotel The Royal , Penang.
Kalau tengok soalan yang kita akan tanya semudah A B dan C tetapi bila dapat jawapan D atau F dari user Toyota rasa berbulu saja -___-

Eh eh orang Penang ni kebanyakkan sangat busy agaknya. Dari 20 list nama yang aku dapat cuma 4 orang sahaja yang bagi good respond. Actually, salah Toyota jugak nak buat event hari bekerja, comfirm memang ramai orang tak boleh nak datang. 

Kalau diorang datang pun bukannya tak dapat apa. Diorang akan diberi RM100 cash tapi kalau dah memang orang busy, RM100 pun depa tak pandang. Eh cakap Penang lah pulak. >.<

Bila bab aku kene goreng dgn user Toyota ni lagi best. Haha Haha.

"Haiya buat hari bekerja haaa? Nanti kalau tak kerja kene goreng sama boss ma. You punya bos sangat kedekut ma. Suruh itu management buat hari Sabtu Ahad lah"

Macam-macam orang aku cakap. Keh keh keh. Yang ada tu siap nak mintak makan lagi. Kalau tak der makan-makan tak nak datang. Hahahahha. Lebam kalau semua orang macam ni.

Saturday 24 March 2012

What Is BlackShot?

Assalamualaikum semua ;)
today topic kita adalah BLACKSHOT

BlackShot ni salah satu game GARENA
nampak mcm Counter Strike juga
Seronok main BlackShot ni




Pertama sekali before nak main blackShot ni apa yang perlu korang ada?
GARENA account ;)

KLIK SINI UNTUK REGISTER GARENA

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD GARENA


sebenarnya Garena Plus ni korang boleh Chat dan games sekali
Jika dilihatkan semula, nampak macam Yahoo Messenger

PERHATIAN

  • Sila pastikan Internet Coverage korang Stable dan tak Handshake.
  • Kepada pemakai laptop, korang kena pakai mouse untuk main game, baru lah mudah korang nak tembak musuh . Kalau nak beli mouse, beli lah 1000dpi pun dah cukup memadai >.<
lepas selesai download dan install Garena Plus 


korang semua dah start boleh add id kawan-kawan

Now masanya untuk download blackshot & install :)

just klik petak ke 5 dari atas, then ikut instruction
agak lama jugak masa yang diambil sebenarnya =,=
aku yang pakai Streamyx ni pun mahu dekat 1-2 jam huhu

tapi bila dah dapat main seronok mcm nak loncat atas tilam ;)

Selamat Mencuba 

Tuesday 20 March 2012

Open Box & Dream Box


Apa itu OPEN BOX & DREAM BOX???

OpenBox & DreamBox adalah pengganti 
DECODER XTRO

tak kenal decoder XTRO tu apa?

tengok picture kat bawah ni



KEISTIMEWAAN MEMAKAI 
OPENBOX / DREAMBOX???

Keistimewaannya adalah 
KORANG BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL XTRO 
KECUALI XTRO FIRST & XTRO BEYOND

OpenBox S11

DreamBox DM500s




Kelebihan OpenBox berbanding DreamBox :
  • OpenBox boleh rekod seperti Xtro Beyond. DreamBox tidak boleh rekod.
  • OpenBox boleh dijadikan sebagai Video Player. Cerita-cerita yang download daripada internet yang berformat Avi / Mkv / Mp4 boleh dimainkan oleh Player OpenBox.
  • Openbox pakai HD. Gambar lebih cantik dari Dreambox (pakai plug 3 wayar merah,puting, kuning).

Kelebihan Dreambox berbanding OpenBox :
  • Tajuk cerita tak keluar bila tekan ok utk channel list di OpenBox. hanya keluar
    channel list. Tetapi di DreamBox boleh keluar terus tajuk di channel list.
Salah KE pakai OpenBox / DreamBox ni?

TIDAK SALAH. Untuk pengetahuan, Dreambox dan OpenBox ni macam komputer juga ada memori ada motherboard dan lain-lain. Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan LAN dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi akta. Ibarat kata melihat TV online di Internet. Bezanya DreamBox dan OpenBox direka khusus utk menarik line internet direct ke sambungan piring utk dapatkan siaran televisyen tertentu.


Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), Kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."


Namun semakan ke atas peralatan Dreambox dan Openbox di dapati ia menggunakan talian internet. Kerajaan Malaysia telah berikrar tidak akan menapis kandungan internet di Malaysia.



Apa yang diperlukan untuk pasang OpenBox / 


DreamBox?
  • Piring Satelit (Satelite Dish) - Kalau xtro punya juga pun boleh
  • Internet Connection - Streamyx / P1 / Broadband (Yang stable connection)
  • Perlu ada 1 port di Router untuk disambung ke Dreambox / atau OpenBox (Pengguna broadband sahaja)




WHY you should buy from us:
  • Stable Server
  • Private Support
  • 3 Month Cover for 1 to 1 exchange (Defected BOX only)
  • Harga berpatutan


Harga :



Dreambox DM500-S
DM 1 - RM395+ 1 Month Xtro Subscription
DM 2 - RM540+ 6 Month Xtro Subscription 

Openbox S11
OS 1 - RM455+ 1 Month Xtro Subscription
OS 2 - RM600+ 6 Month Xtro Subscription


Openbox X3
X3 1 - RM485+ 1 Month Xtro Subscription
X3 2 - RM630+ 6 Month Xtro Subscription


Skybox F3
F3 1 - RM485+ 1 Month Xtro Subscription
F3 2 - RM630+ 6 Month Xtro Subscription

Monthly XTRO Account Subscription (C-Line)
RM35 / Month

Postage peninsular Malaysia :
RM10

COD only available at Sri Gombak / Selayang area Only.


Accessories yang kami jual :
  • Dreambox DM500-S Remote Control - RM20
  • Dreambox Power Adapter - RM30
  • 3G Router - RM135 (For Broadband user)
  • 4. Chieta Diseqc 4X1 - RM35
  • Vonet Wifi Bridge - RM125
Instruction to purchase:

1. Email/Call/SMS me your order. (Including Name , Location)
2. Wait for my reply.
3. You can made full payment 

Kami juga menjual C-Line secara bulanan, maksudnya anda boleh beli C-Line dari kami untuk minimum sebulan (percubaan sahaja) & 6 bulan. Harga untuk sebulan C-Line dari kami ialah RM35 Kepada mereka yang sudah ada decoder (Openbox/Dreambox) boleh membeli C-Line dari kami. 


Seller lain semua jual minimum 6 bulan, anda tidak boleh beli sebulan dari mereka. Ada juga sesetengah seller yang akan berikan anda 2 server untuk satu account C-line, ini adalah kerana server mereka tidak stabil (terdapat gangguan siaran seperti gambar tersangkut-sangkut dan prestasi server yang kurang baik, sebab itu mereka memerlukan 2 server).


HUBUNGI : 
012 - 6175321 / ierarosli92[a]yahoo.com


Channel yg akan anda dapat adalah seperti berikut:

                           
                            

Friday 16 March 2012

Makan di Kg Laksamana, Batu Caves

Penat rasanya hari ni.
Lemau badan rasa macam malas nak pergi kerja.
balik saja kerja, adik aku yang COMEL
NADIA HIDAYAH
ajak makan malam.
Kedai selalu kami pergi , tutup pulak hari ni.
Jadi kami TERhenti di
Wanwa Clubbing Corner
sedap Char Kuew Teow depa.


Kedai ni ada WI-FI >.<
kalau korang nak online kene pergi mintak key
kat Pak Cik / Abang yang jaga kaunter tu.
FYI, aku makan CKT ni hanya dalam masa 3 minit sahaja.
Betapa lahapnya =,=

Sementara tunggu adik aku makan
aku gatal owder makanan lain
BENJO + FRIES 


Maaflah sebab gambar ni goyang sikit :p
Air yang aku owder tu, Air Ribena
colour air nampak pale sikit
but cukup-cukup rasa.

Kat sini SHISHA pun ada
Screen TV pun besar
Selesa jika korang nak melepak sini 

Korang Boleh search nama aku kasi tadi kat FB
kalau nak tahu lebih details! :)


Kerja Part Time - Data Entry

Bosan terperap di rumah?
Apa kata buat kerja part time dari duk saja tu 
TAMBAH PENGALAMAN

NAMA SYARIKAT : DataPulse Network
ALAMATNo 3A, Jalan PS 8, Taman Prima Selayang 68100 , Batu Caves.
CONTACT NUMBER6016-2155708 or 603-61203349
POSITION : Data Entry (Key-in Survey Forms ke dalam Sistem)
GAJI : RM5/Hour
Requirement :
  • tahu menggunakan komputer
  • tanpa pengalaman / pengalaman


Thursday 15 March 2012

Hilangkan bau badan x_X

Bila naik BAS dan TRAIN 
selalu saja aku hidu 1001 bau haruman perfume tak der brand ^_^
kadang-kadang smpai terpaksa calit perfume kat tangan supaya aku boleh hidu   
bau PERFUME >.<
korang pernah tak rasa korang ada bau badan?
selalunya tuan punya badan tak akan bau badan sendiri.
Bila ada bau badan
BF / GF / KAWAN pun boleh lari.

PENYEBAB BAU BADAN >.<

  • Faktor Genetik - Fakta ini tidak disokong 100% kerana jika sering mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti mandi minimum 2 kali sehari , pakai pakaian yang bersih serta menjaga pemakanan seharian.
  • Bulu Ketiak / di bahagian Sulit - Dibahagian pangkal rambut terdapat pori-pori yang menjadi bahagian utama bagi kelenjar menghasilkan bau masam :<
  • Stress / Emosi - juga boleh menyebabkan apocrine gland bergiat aktif sehingga meningkatkan keMasaman badan anda hingga ke tahap yang kronik.
  • Kegemukan - juga menyebabkan bau badan terperangkap di setiap bahagian lipatan kulit.
  • Pemakanan - pengambilan makanan yang berempah seperti kari , bawang goreng , durian, minuman keras dan sebagainya.
Tips Hilangkan bau badan

  • Limau - gunakan untuk menggosok  di bahagian ketiak & mandi limau setiap 3 hari untuk mencepatkan hilang bau badan .
  • Bedak - jika anda gemar meletakkan bedak di bahagian ketiak , anda gunakanlah bedak antiseptic.
  • Timun - Gunakan beberapa biji timun dan kisarkan untuk dapatkan jus dan lumur badan anda dengan jus tersebut dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Makanan - kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan bau badan dan perbanyakkan minum air suam.
  • Hampas kelapa - Lumurkan ke seluruh badan dan biarkan selama 45 minit dan bilas.
  • Deodorant - digalakkan pakai untuk mengekalkan bau wangi di ketiak anda tetapi bijak dalam pemilihan deodorant ada juga yang banyak bahan kimia yang menyebabkan ketiak hitam.
  • Hampas teh - lumurkan saja pada badan dan biarkan dalam 15 minit then basuh seperti biasa.


Wednesday 14 March 2012

Streamyx punya pasal!

SUSAH TIDUR!
Sampai letih aku tunggu mata aku ni lelap
Sedangkan mata aku dah sakit tahap cipanzee gara-gara duk depan
LAPTOP!!!
aku rasa kalau laptop saja tanpa INTERNET sama je dgn tak der Laptop.
Semenjak-menjak aku tukar STREAMYX ni makin rancak aku duk online sampai lebam.
Macam-macam dah aku boleh buat.

Apa aku BOLEH BUAT after STREAMYX rescue me from P1 :p

  • DOWNLOAD MOVIE sampai lebam
  • BOLEH MAIN GAME ONLINE etc : DOTA & BLACKSHOT
  • KLIK merata-rata sampai lebih 10 tab aku bukak!
  • TENGOK YOUTUBE dengan deras :p
  • UPLOAD FILE dekat laman web mane-mane pun pantas
Betapa bagusnya Streamyx ni aku tak tahu nak cakap.
Kalau tempat korang dah ada UNIFI untung!
Tempat aku ni lambat lagi ada Unifi, dan aku terasa sangat berbulu jugak!
But it's ok!

Kalau korang nak langgan STREAMYX boleh jugak bagitahu aku.
Aku boleh tolong applykan within a week diorang dah nak siap pasang!
Ini pun dengan bantuan kawan aku yang keje TM.
Kalau korang nak pilih package.
Klik Link bawah ni.

Untuk pengetahuan korang, package ni UNLIMITED!!
Jadi korang boleh pakai sampai korang tak larat lagi nak pakai!

Nasihat aku, Korang nak pilih package, korang pakai 1mbps tu pun dah cukup meriah online sebenarnya.
But kalau korang dapat 4mbps tu LAGI HEBAT.
tetapi korang dinasihatkan jangan mek 2mbps if tempat korang tak ada coverage 4mbps.

Kalau sesiapa yang tak ada TELEFON RUMAH
korang diminta check kalau-kalau rumah korang ada WIRING TELEFON atau pun tak. 
Sebab untuk pasang Streamyx ni mmg korang kene ada Wiring.
Jangan ambil Wiring diorang. Mahal!!!

Aku survey kat kedai electrik diorang kata about RM70-rm100.
dah cukup murahlah tu.
Korang pastikan cari plug paling dekat dengan pintu rumah sebab wayar tu diorang nak kena bawa ke luar rumah.

Korang emailkan pada aku details korang.
  • Fotostate / Scan Identity Card
  • Cipta DUA id untuk streamyx korang
  • Alamat rumah yang nak pasang STREAMYX
  • Nombor Telefon korang
Korang kena tunggu sampai orang TM call korang untuk check coverage kat rumah korang dan sebagainya.

KOS-KOS STREAMYX


Dalam korang punya bill ada 2 bulan X RM Package Streamyx + RM75
Kos pemasangan untuk orang TM RM 30-60
Kos Wiring telefon rumah RM 70-150


kalau korang ambil package RM110.
dalam bill pertama korang RM220.
Duit cash yang korang kene standby RM60 + rm100 untuk pemasangan saja :)


Mula-mula korang akan rasa mahal. It's really true!
But lepas korang dah ada STREAMYX mmg korang tak nyesal!
Dulu rumah aku pakai P1 wireless + broadband 1, RM169.
Line mcm hampeh.
Korang boleh baling je Modem tu. :p
Belum campur kos aku duk ngadu kat orang P1 tu lagi.


lepas TM install, korang dah boleh terus pakai STREAMYX
dan start menggedik kat internet!

INTERVIEW boleh buat aku gentar!

INTERVIEW!
sapa dengar perkataan ni kadang-kadang boleh jadi
PHOBIA >.<
Al-kisah aku hari ni, aku pergi interview kat MAA-Medicare Kidney Charity
Tak dapat sungguh aku membayangkan betapa gementarnya hati aku duk berdepan dgn orang interview aku tu!

TIPS-TIPS HADIRI TEMUDUGA
  • Sebelum pergi interview , korang kene pastikan yang korang tahu serba sedikit pasal company yang korang nak pergi interview tu buat apa. Contoh : Charity ke, Business IT ke, Butik ke apa ke. 
  • Pada hari korang nak interview tu, bangunlah awak sikit, mek 3 kali nafas panjang kat luar rumah lagi-lagi kalau dekat dengan pokok. Waktu hembusan terakhir, tgh tahan nafas tu, korang sebutkan dalam hati niat korang semua! (Bagus untuk buat hari-hari sebab oxygen masuk dalam otak). - Thanks to my Lecturer Puan Sheril sebab bagi tips ni.
  • Perkara2 basic pasal pakaian dan badan, malas sgt nak tegur. Rasa korang semua tahu kan pasal semua tu? Oh sebelum terlupa, kepada sesiapa yang pakai NAIL COLOUR, please makesure, Nail colour tu tak terkopek sana sini. Make sure korang kemas dan wangi2 sikit. Jgn lupa pakai DEODORANT!
  • Update & Print korang punya CV/ Resume. Jangan lupa bawak gambar passport. Sebab ada company ni nak pakai jugak sistem lama, pakai borang depa, x nak attach resume korang. 
        KLIK SINI UNTUK CONTOH RESUME yang AGAK LENGKAP.

  • Make sure korang semua datang awal dan tidak terhegeh2. Lagi-lagi kalau korang naik public transport. Nanti diorang cop korang TAK TEPATI MASA.
  • SMILE :) , greeting dan thank you sangat penting kawan-kawan! Jangan lupa okeyh :p but please jangan nampak hipokrit sangat. heheheheh :p
  • Berhati-hati apa bila menjawab soalan yang ditanya. Kadang-kadang diorang bukan nak perangkap korang pun, diorang saja nak tahu supaya mereka tidak salah letak position untuk korang!
  • Selalunya kalau interviewer korang tu banyak tanya mesti ada benda yang tak kena :)
Good Luck's' kengkawan!