Friday 11 May 2012

Visit Darul Saka =)

Hi semua. Hari ni dugaan cabaran sungguh :) balik dari office, tak ada elektrik kat rumah. Alangkah kurang keselesaannya tetapi tidak mengapa! Paling tak tahan hari ni aku nak pergi ke DARUL SAKA! Jawabnya memang tak mandilah aku! :p Korang tahu tak tempat apa Darul Saka tu? Darul Saka tu tempat perubatan yang dimiliki oleh TOK BELAGAK (Pak Long aku). 

Hari ni ada majlis kesyukuran kerana Tok Belagak telah menang dalam perbicaraan di mahkamah. Aku ingatkan kenduri kecil-kecilan sahaja. Siap pasang khemah macam ada majlis nikah =.="


Mak Long & Mak Usu


Dari kiri Nana, Yayai dan Atoi 


wahhh Saadiah dapat suapan istimewa dari Ibu :p


Anak dara pingitan? Aku paling tua, dan aku jugak yang tak nampak membesar =.="


Ibu & Mak Long menunjukkan senyuman menggoda :p


tak pasal-pasal tersepit o.0


auwwww~ my kampit beras!


Haaa Saadiah rakus tonggeng bekas air hahahha~

Hidangan malam ada pulut kuning, ada ayam rendang , ada daging rendang. Paling aku berkenan Apam Coklat! Lembut betul lah apam tu. Hampir 10 biji aku makan sorang lalalala~


kalau korang nak dapatkan perkhidmatan perubatan dari Darul Saka, Korang boleh la Klik >>> BLOG DARUL SAKA