Thursday 26 April 2012

Resepi / Recipes : Pudding Caramel

Hi semua, memandangkan hari ini saya berasa sangat kelapangan waktu, jadi saya telah menghabiskan waktu saya dengan memasak pudding caramel. Wahhh! Alhamdulillah menjadi. 

Bahan-bahan Puding :

  • 8 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 cup kecil gula
  • Pewarna Vanila
Bahan-bahan caramel :

  • 7 sudu gula
  • 1/2 cup air
Cara-cara :
  • Masukkan bahan-bahan caramel iaitu gula dan air ke dalam kuali, dan masakkan sehingga warna keemasan. Selepas itu masukkan ke dalam loyang yang nak diletakkan puding dan ketepikan.
Kemudian , 
  • Asingkan telur kuning dan putih. Kacau telur putih bersama gula 1 cup sehingga kembang (disyorkan pakai mesin).
  • masukkan Pewarna Vanila , telur kuning dan susu sejat dan kacau lagi sehingga rata dan gebu.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air baru nak mendidih , baru korang masukkan bahan-bahan tadi kat dalam bekas. Kukus sehingga 20 minit dan biarkan sejuk sedikit dan korang boleh terbalikkan letak atas pinggan :D



Terima kasih buat Kak Ary untuk resepi ni! :D

8 comments:

  1. semua ni dalam perut bubu already

    ReplyDelete
  2. tahu tak pe... tadi dia pun join makan nasi.. Sedangkan dia kata dah makan nasi tadi :D

    ReplyDelete
  3. saja nak bagi jeles r tuhhhhh
    iskkkkkkk

    ReplyDelete
  4. hahahaha.... menjadi tau...
    try lah buat kalau berani!

    ReplyDelete
  5. hehe xnak r, nanti gumuk.. beli je la baru mkn ckit je xgmok

    ReplyDelete
  6. hahaha.. makan sikit je pun dah kata gemuk :p ckp je lah malas.

    ReplyDelete
  7. hehe manede malas.. kalu wat sendiri, seloyang kena habiskan! kalu beli, sepotong je.. hehe

    ReplyDelete
  8. heheheheh tak pe nanti ada majlis boleh buat. kos pun jimat jugak buat benda ni...

    ReplyDelete