Thursday 17 May 2012

Jalan-jalan cari makan : Penang


Hi reader, Ogenki Desu Ka? (How are you) :) 

Dalam hidup ni kalau kita tak menikmati apa itu makanan, namanya rugi! >.< Hari ni , Iera nak kongsikan pengalaman Iera menikmati makanan-makanan hebat dari negeri yang paling terkenal dengan makanan murah! iaitu PENANG!

Perjalanan dari KL ke Penang menaiki bas double-decker dgn keselesaan maksima Iera telah memilih bas PANCARAN MATAHARI dengan harga RM32. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 4 1/2 jam. Sepanjang perjalanan Iera cuma menghabiskan waktu dengan membuta dan main game PATAPON. Dalam perjalanan yang singkat ni, perkara paling best adalah melihat padi yang sedang "menghijau" Fuhhh boleh meleleh air mata tengok :')

Untuk penginapan Iera telah memilih hotel 4 star iaitu IXORA HOTEL. Sila pastikan korang booking ONLINE before korang terjah hotel. Kalau tak mendapat korang ditekan-tekan. Harga hotel ni agak kompetitif dengan kelesesaan bilik. Cuma staff diorang je Iera kurang gemar sikit :p Iera dah book bilik superior King cuma dengan harga RM193 excluding 16% tax. Total Cost Rm223.90. Oh ya, waktu nak check-in mereka collect Rm300 including deposit. Breakfast kat hotel ni banyak pilihan tapi rasa makanan boleh kasi 3 star je. 

Untuk hari pertama , Iera plan nak makan Bee Hun sup daging tapi malang dagingnya tak ada :D Cuma ada perut dan paru-paru. Mujur Iera ni memang makan perut! :p Sedap kuahnya tak ada rasa ajinamoto! pekat pulak tu! Malang Iera tak tangkap pic tapi Iera boleh share dengan korang coordinate tempat-tempat yang Iera pergi ni! :) Kawan Iera order Chicken Chop! Sedap jugak sampaikan lutut ayam terjatuh kerana terlalu menikmati chicken chop :p


(5.389204, 100.463060)
Sungai Semambu, Opposite Masjid Tuan Abdullah near Kampung Tok Elong

Lepas kekenyangan , apa lagi balik hotel rehat dan menonton telebi. Fuhhh sejuk gila aircond kat Ixora ni. Malang Ixora tak ada bath tab untuk Iera berendam. Iera perlu lapangkan perut Iera sebab Iera nak isi kantong Iera lagi malam ni! 

Kelaparan melanda tengah malam, Fuhhh! Mari kita terjah De Pauh! :) Tempat ni popular dengan pilihan burger yang beraneka rasa. Untuk pengetahuan korang kat sini, daging Unta padang pasir pun ada. Harga jugak agak berpatutan. Iera telah memilih untuk tapau Mushroom Daging Cheese! Why Iera tapau? sebab Iera nak makan benda lain =.=


(5.403938,100.416691)





Haaa Chakk! Makanan Favourite Iera, Char Kuew Teow! Ouch! Iera selalunya datang mesti makan dua pinggan tapi disebabkan Iera ada beli burger Iera terpaksa korbankan char kuew teow lagi satu pinggan :'( Iera datang kedai ni hampir setiap bulan, rasa kuah tak pernah beza. Tetap sama saja rasanya. Kedai ni orang tak beri perhatian sangat sebab tempat yang tersorok. Harga Char Kuew Teow kat sini cuma Rm3.00!! Kalau kat KL mmg tak dapatlah harga gini! Balik hotel, Iera terus makan burger pulak =.= penuh gila kantong Iera!

 (5.365026, 100.446614)
Taman Sri Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pada keesokkan harinya , Iera breakfast kat hotel je. Iera suka betul sos thousand island kat sini. Sedap sehingga menjilat jari!! Oleh kerana mengantuk, plan nak pi tengok wayang pun dibatalkan. jadi Iera check-out then  terus menuju ke gerai Laksa Aunty. Special gerai ni sebab ada cucur taugeh! dicicah dengan kuah kacang. Sedap yang teramat! Iera siap bungkus bawak balik lagi kuah kacang. Maaf, sebab coordinate untuk kedai Laksa ni tak jumpa tapi tempatnya kat kawasan Taman bukit minyak, turn right near carrefour traffic light junction. 

Tengah panas ni pekena cendol hebat dari BM THE BEST CENDOL di tengah2 town Bukit Mertajam ni mmg sedap! Iera mintak pulut lebih! :p lembutnya kacang merah dia. manis cukup rasa! Auuuwww terangkat kening Iera! Total untuk 3 bungkus cendol + 1 cendol biasa + 1 cendol pulat lebih = Rm10.

Source : vkeong.com

(5.363974,100.461208)
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 72 m S

Seterusnya , Iera menuju ke De Pauh semula untuk belikan family Iera. Iera belikan Foot Long '12 Biasa untuk papa, Mushroom Daging Special untuk mama dan Bubu. Iera rasa ini je yang Iera boleh angkot bawak balik selain daripada jeruk. Iera duk lepak minum sementara tunggu diorang setup kedai. Fuhh kenyang teramat! Air segelas pun Iera tak dapat habiskan! kat sini air sedap betul. Tak kira lah apa air yang korang mintak. 

Wahh jam sudah menunjukkan 5:35 petang. Masa untuk berangkat pulang. Untuk pengetahuan korang , kat hotel Iera dah tengok waktu bas , jadi Iera tak der lah kalot sangat kalau kene tunggu lama atau terbeli tiket dgn ulat bas! Dekat perhentian bus Butterworth ada kedai jeruk , jadi singgahlah sekejap beli Rm10 :) 

Bas yang menjadi pilihan iaitu bas MARA LINER jam 6:15 petang. Harga tiket Rm31.20. Bas ni tepat jam 6:15 terus bergerak! Fuhh dahsyat! :) Harap-harap  Iera sampai KL cepat. Boleh balik rehatkan perut. Hahahaha.