Friday 13 July 2012

Al- Kisah : Situasi ketika membeli kasut

Assalamualaikum kawan-kawan.

Busy betul saya semenjak dua menjak ni. Esok merupakan hari persandingan Nana (adik ayah yang bongsu). Jadi hari ni , Iera ambil cuti sebab nak beli barang persiapan untuk esok. Al maklumlah jadi flower girl :p FYI, baju flower girl warna pink soft. Pening fikir nak naikkan baju tu pakai kasut warna apa. Iera tak der warna terang-terang. Hari ini terjah JJ Wangsa Maju dengan mak cik-mak cik ku semua :)) Habis satu JJ tu semua kedai kasut dah ku terjah! Malang, warna biru / hijau tak ada. Cuma ada warna pink dan merah sahaja! Itu pun dekat kedai kasut Nose. Tahu-tahu sahajalah kalau pakai kasut brand Nose selalunya akan sakit kaki >.< Waktu tengah dilema memilih Iera mintaklah sale girl tu kasi kasut warna pink yang baru, dia kata tak ada stock. Itu last katanya. Then Iera mintak yang warna merah pulak, dia kasilah yang baru. Iera try tengok ada yang kotor sedikit belah kiri. Bila mintak lagi sekali yang baru, dia kata tak ada dah. Muka macam malas nak kerja sahaja. Ish ish ish bila Iera kata ada kotor, dia terus ambil kasut tu, then pergi ke kaunter. Dia bukak laci dia keluarkan minyak cap kapak & cotton bud dan bersihkan depan Iera :| Alangkah terperanjatnya saya. Kalau ya pun cover line lah sikit. Last-last Iera ambil kasut belah kiri tu, yang tester punya. Boleh diconsiderkan puas jugalah hati ni dari tak dapat langsung :)




Rasa macam nak jual second-hand. Then nak beli kasut lain. Kalau ada sapa-sapa mahu sila email :)


Brand : Nose
Original price : RM95.90
Second-hand price : RM80.00
Daring Red colour
4 1/2 inch 
Baru 1 kali sahaja pakai >.<