Saturday 28 September 2013

Pecah Cermin Kereta

Gensi Desuka? :)

Tragedi ngeri tetiba terjadi kembali setelah sekian lama tidak terjadi. Cermin kereta kena pecah. Disebabkan kereta ni penting sangat untuk dipakai , jadi kena cari cepat-cepat. Masalahnya adalah today is SUNDAY ;(

So sekarang perkara pertama yang harus dilakukan adalah GOOGLE dahulu mana tempat cermin kereta yang paling dekat dan buka. Tetiba bila google jumpa satu tempat ni , I dah tanya Harga boleh tahan berpatutan cuma jauh sedikit dari Selayang. Ada dekat area Cheras. Kabot gerak gi sana takot kedai tutup. Katanya half day je hari ni . 

Bila sampai sana , ramai juga rupenya orang yang beratur menunggu giliran dan masing-masing pun ada peristiwa tersendiri. 

Selepas tengok segala kerja yang dilakukan , memang service kat sini adalah terbaik dan juga bersih. Harga pun memang dah termasuk dengan servis pemasangan. Orang yang serve pun memang ramah.