Wednesday 30 June 2021

Kehidupan Pasti Ada Tanda Tanya





Adakalanya kita tak akan nampak apa orang lain nampak . Kehidupan ini terlampau rumit atau manusia sendiri yang berfikir secara rumit?

Seorang diri ingin memahami situasi tapi adakalanya perasaan itu sendiri bermain dengan jiwa . Berlangsungan keliru antara perasaan dan keadaan semasa . 

Aku sendiri pasti jika soalan ini diajukan kepada kamu , pasti kamu juga perlu berfikir sebelum menjawabnya mahupun soalannya singkat dań mudah untuk difahami . 


"Apa yang kamu mahu dalam kehidupanmu?"


Mahupun aku berkali-kali berpacaran , tidak pernah satu kali pun aku berharap akan mengharap berakhirnya dengan pernikahan . Perihal yang aku fahami , Allah s.w.t sudah menetapkan jodoh siap dari kelahiran lagi . Untuk kali ini , berbeda . Aku suka , aku terlalu sayang . 

Dari dulu , aku sangsi apakah cinta itu perlu berkorban melepaskan atau perlu dikejar tanpa fikirkan hal lain? 


"Aku suka dia"


Buat kali pertama aku melihat di Instagram , aku langsung suka . Aku meneruskan melihat akaunnya , hati agak kecewa kerana dia sudah memiliki keluarga yang bahagia . Aku "like" fotonya dan Aku "Follow" cuma aku mengabaikan sahaja . 

Aku ingat dia duda . Ternyata anggapan aku salah . Aku langsungkan kehidupan seperti biasa . Di saat seluruh dunia sedang bergelumat dengan Covid-19 , kehidupan ku masih sibuk dengan bisnes medikal . Siapa sangka aku akhirnya kenal juga dengan jejaka yang "Aku suka" . Siapa sangka , kenalan itu tanpa sengaja tapi aku sendiri sudah melepaskan dan menganggap ia hanya atas urusan kerja dan berkawan sahaja . 

Kami rapat , like best buddy . Tiada lebih dari itu tapi ada saat MCO 1.0 aku jauh sakit kerana perihal dalaman . Aku menghilang , Aku tidak mahu bercakap dengan orang , Aku tak mahu jumpa dengan sesiapa pun kecuali sepupu rapatku , Adik . Dalam 2 minggu sebelum berakhirnya perubatanku , aku tidak rasa kelaparan dan tanpa aku sedar seminggu aku tidak menjamah sebarang makanan . 

Best buddy bertanya, kemana aku hilang setelah sekian lama? Aku menceritakan sedikit . Dia nak jumpa juga jadi aku menetapkan perjumpaan di rumahku semasa Hari Raya Qurban dan merupakan Hari terakhir perubatan . Siapa sangka , akhirnya pada penghujung petang , aku dapat melepaskan diri dari perasaan yang terikat ini . 


"Selamat (Selamat Tinggal) - Virgoun"


Syukur , Alhamdulillah . Berlinang air mataku , aku tiada rasa marah , aku cuma sedih kerana yang menyakitiku adalah orang yang aku sayang , orang yang aku percaya . Lepas sedar , tak semua Aku ingat . 

Aku belajar bersyukur dalam banyak hal . Mahu sesiapa pun yang pernah hadir dalam kehidupanku , mereka adalah pemberian dari Yang Maha Esa agar aku menjadi manusia yang lebih baik . Setiap kali aku teringat hal lalu , aku berdoa kapada Maha Pencipta .


"Ya Allah , aku bersyukur kepada-Mu tanpa mereka aku mungkin aku masih lagi lalai dań tidak sedar . Meskipun hatiku penuh kesedihan , meskipun hatiku patah , Kau jagakan orang-orang yang pernah hadir dalam hidupku dan permudahkan urusan meraka "


Jika semua ini tidak terjadi , pasti aku takkan ku temui Cinta yang sedang aku miliki sekarang yang menerima kekuranganku dan merubah caraku memandang dunia . Andai dulu aku paksa untuk terus bersama kamu, belum tentu kisah kita berakhir bahagia . Kisah yang mendewasakan kita berdua męski lewat luka . Satu hal yang kini aku mengerti , akan ada kata Selamat dan setiap kata Selamat Tinggal . 


"Titik Balık Hidupku"


Hidup itu indah jika kamu belajar melihat dengan mata hati . Aku cuba mendekatkan diri dengan best buddy . Alhamdulillah tiada halangan cuma janggal kerana terlalu lama tidak mendekatkan diri dengan orang lain . Alhamdulillah perhubungan kami kekal sehingga kehari ini . 

Aku bersyukur kami ditemukan , walaupun aku cuba mengelak . Aturan Allah itu hebat . Terima kasih sayang kerana menjadi titik balık hidupku .

Aku cuma suka , suka melihat gelagat kamu , suka akan cara kamu berpakaian , cara kamu bersiap . Kamu memang bisa buat aku tersenyum walaupun aku perlu membuat pilihan , aku tidak kesal apa pun jua keputusan yang aku pilih walaupun aku tidak ada kepastian apa penghujungnya . 

Aku cuma ingin menikmati waktu selagi ada , menghargai apa adanya . Bersyukur dengan kebahagiaan yang ada .