Thursday 26 November 2015

Resepi : Puding Jagung

Puding jagung? takkan tak pernah dengar kan? meh nak cerita sikit pasal Puding jagung ni. Puding ni nampak mudah nak membuatnya tapi tidak mudah nak buat lemak , sedap dan texture yang mengagumkan. 

Saya pertama kali cuba buat puding jagung ni atas permintaan orang tersayang.
akan tetapi dia merupakan seorang yang kurang gula dan garam. 
Jadi berat gula akan berbeza dari biasa.


Bahan-bahan : 

1 cawan tepung kastad 
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair lemak (Saya pakai brand F&N)
1 tin jagung hancur
3 cawan air
secubit garam

Cara-cara memasak :

1. Bancuh tepung kastad dengan air sehingga sebati. 
2. Letakkan atas kuali , jangan buka api dahulu.
3. Masukkan susu cair, gula , jagung hancur, garam. Buka api kecil, dan kacau sehingga sebati sehingga pekat. (kacau sahaja, sampai pekat dan matikan api)
4. Letakkan dalam loyang kesukaan atau bekas acuan dan tunggu sehingga sejuk, boleh masukkan dalam peti ais. 

Selamat mencuba :D







Resepi : Ikan bilis Masak Cili Api

Hari ni nak berkongsi resepi Ikan Bilis Masak Cili Api. Lauk ni, lauk paling laku kat rumah Mak Jah >.< 

Masak nasi putih je dgn ikan bilis, habis diratah . Mak jah tak reti sangat nak kongsi resepi yang tepat sbb main agak-agak je.

Bahan-Bahan:

Ikan Bilis  (ikut pilihan masing-masing)
Bawang besar - 1 -3 ulas (besar) 
Bawang putih - 5-10 biji
*bergantung kepada berapa banyak ikan bilis juga ya

Cili api merah (pedas) - 7 biji
Cili api hijau (tak pedas) - 11 biji
*pilihan lain - Boleh gantikan dengan cili merah
Halia - separuh saiz ibu jari
Minyak masak 

Tomato - 2 biji (dibelah 4-6 potong)

Cara-cara memasak :

1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Basuh dan tapis ikan bilis tadi. Selepas minyak panas, gorengkan ikan bilis sehingga garing. kemudian letakkan dalam pinggan.
2. Campurkan bahan kisar di dalam pengisar letak sedikit minyak masak dan sedikit air sahaja.
3. Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi untuk menumis bahan kisar. Masak sehingga naik minyak, dan bau pada suhu sederhana. Letakkan sedikit garam & gula (sapa suka letak ajinamoto pun boleh letak, tapi sikit je ) . Jika sudah masak , boleh letakkan tomato (jangan buang lendir tu) supaya boleh kurangkan rasa pedas.
4. Masukkan ikan bilis dan gaul sekali dua untuk ratakan ikan bilis. Matikan api dan hidangkan.