Saturday 13 October 2012

Resepi : Grilled Cheese

Semenjak demam ni , kempunan nak makan grilled cheese. Semua gara-gara game Restaurant Story -__-
nampak sangat terliur! Ini adalah percubaan pertama grilled cheese! 

Bahan-bahan :

2 keping roti putih
2 keping chessdar cheese 
butter

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dengan suhu yang sederhana. Kemudian sapukan butter pada dua-dua keping roti tersebut
2. selepas kuali panas , letakkan sekeping roti yang ada butter ke bawah kemudian susun cheese pada bahagian yang tiada sapu apa-apa. 
3. tindihkan cheese itu dengan roti yang bahagian butter nya ke atas. 








terbalikkan roti tu selepas garing yang belah bawah :)
ini mmg saja kasi hangit sikit. rangup :)



tada ;) siap dah!

Make-Up Survey : SEPHORA

Hai semua. Betapa boringnya bila ada banyak masa terluang, jadi tak tahu apa nak buat. Sabtu lepas , lepas balik dari Costumes Empire, Iera pun pergi jalan-jalan di KLCC. Terjebak pulak kat sephora. Niat nak beli Urban Decay - Eye Primer saja, terlebih pulak beli barang :p 

Urban Decay - Eyeshadow Primer Potion - RM75.00

Apakah perbezaan & persamaan antara Eyeshadow Primer &  bases?

Eyeshadow primer digunakan untuk melindungi mata dari apa-apa sahaja termasuklah minyak semula jadi yang ada dibahagian mata yang boleh memecahkan warna eyeshadow anda. Dalam masa yang sama , Primer melicinkan permukaan mata supaya eyeshadow lebih menyerlah dan mudah untuk blend. 

Eyeshadow Bases kegunaan lebih kepada menyerlahkan dan kekalkan warna eyeshadow tanpa sebarang perlindungan pada mata. Bases selalunya tidak digabungkan dgn primer tetapi ada segelintir brand yang adakan sedikit primer dalam bases untuk memberikan sedikit perlindungan.

Iera ada masalah kulit muka selepas pakai salah satu foundation dari brand SilkyGirl. Untuk pakai apa-apa barang pun sekarang berhati-hati memilih takut naik radang lagi. Gatal teramat. 

So far , iera pakai hari ni tak ada apa-apa gatal dan apabila apply eyeshadow, lebih menarik dan warna lebih menyerlah. Kepada sesiapa yang gemar menggunakan powder eyeshadow, penggunaan primer ni sangat bagus kerana memudahkan eyeshadow melekat pada kelopak mata.

Primer dari Urban Decay ni ada 4 pilihan

Original - Nude - dries invisibly 
Sin - Champagne Shimmering
Eden - Nute matte Finish
Greed - Shimmering yellow gold






Dior Addict Extreme - 667 - RM98.00

Iera ada jugak sensitif dengan lipstick. Kalau salah pakai lipstick habis , bibir bengkaklah , berairlah macam-macam. Last time pernah pakai Dior tapi sekejap sahaja, so far rasa mcm tak ada masalah pakai liptick Dior. Dior Addict Extreme ni , jenis lipstick yang berwarna ceria dan juga menyerlahkan warna bibir. Lipstick ni macam matte sikit tapi tak mengeringkan bibir. So far, tahan lama juga lipstick ni. Walaupun bibir kering sedikit, bila apply, tak nampak kekeringan pada bibir. Bagi warna yang ceria , ambil warna yang macam pinkish sedikit. Jika lebih kepada natural ataupun fresh boleh try yang Orange-ish.