Friday 27 April 2012

Yaasinnn.

Aku rasa nak luah sesuatu. Waktu aku tengah baca surah Yaasin tadi, aku rasa sedih yang teramat sehingga aku keluarkan air mata. Ada separuh orang cakap, orang yang tak tutup aurat atau yang melakukan dosa contohnya minum arak tak perlulah solat kerana Allah takkan terima solatnya sebab tetap melakukan dosa. 

Ada juga beberapa kali aku terfikir, apa semua orang yang buat dosa ni tak perlu solat hanya kerana MANUSIA MENYATAKAN ALLAH TIDAK MENERIMA SOLATNYA?

Dari pengetahuan aku, Solat itu adalah WAJIB. Apa juga dosa yang kita lakukan, perlu kita jalankan perkara yang wajib juga tanpa ada alasan. 

Hidayah perlu dicari bukan hanya menunggu tanpa usaha. 

Dari solatlah, akan kita memohon pada Allah supaya kita semua diberikan hidayah. Betapa indah sesiapa yang terima Hidayah Allah tanpa diminta. Jika kita tak mencarinya sekarang bila lagi akan kita cari??

Aku pernah dengar satu kisah dari Tok Women...

Di satu kampung ada seorang pencuri. Walaupun dia mencuri dia tetap SOLAT. Pada suatu hari, sedang dia mencuri peti ais, tiba-tiba dia terdengar Azan subuh.  Dengan segera , dia meletakkan peti ais itu dan solat. Tuan rumah pun tersedar dan ternampak pencuri tersebut solat. 

Setelah selesai solat :

Tuan rumah : terima kasih encik kerana telah selamatkan rumah saya dari dirompak.

Pencuri : Saya yang mencuri.

Tuan rumah : saya tidak percaya sama sekali. Terima kasih encik.

Pencuri : Saya yang mencuri.

Sejak dari saat itulah, pencuri itu bertaubat dan berubah.

SAPA PUN ANDA, APA ANDA LAKUKAN. YANG WAJIB TETAP WAJIB.