Sunday 20 May 2012

Resepi / Recipes : Cucur Taugeh Udang Kertas

Assalamualaikum

korang ingat tak, last time Iera ada bagitahu yang Iera ada beli kuah kacang bawak ke KL? Hari ni pula, Iera cuba buat cucur taugeh macam aunty tu buat :)

Bahan-bahan :
  • Tepung Gandum
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Taugeh
  • Udang kertas
Hasilnya jadi seperti ini :





kuah kacang aunty :)




Thursday 17 May 2012

Jalan-jalan cari makan : Penang


Hi reader, Ogenki Desu Ka? (How are you) :) 

Dalam hidup ni kalau kita tak menikmati apa itu makanan, namanya rugi! >.< Hari ni , Iera nak kongsikan pengalaman Iera menikmati makanan-makanan hebat dari negeri yang paling terkenal dengan makanan murah! iaitu PENANG!

Perjalanan dari KL ke Penang menaiki bas double-decker dgn keselesaan maksima Iera telah memilih bas PANCARAN MATAHARI dengan harga RM32. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 4 1/2 jam. Sepanjang perjalanan Iera cuma menghabiskan waktu dengan membuta dan main game PATAPON. Dalam perjalanan yang singkat ni, perkara paling best adalah melihat padi yang sedang "menghijau" Fuhhh boleh meleleh air mata tengok :')

Untuk penginapan Iera telah memilih hotel 4 star iaitu IXORA HOTEL. Sila pastikan korang booking ONLINE before korang terjah hotel. Kalau tak mendapat korang ditekan-tekan. Harga hotel ni agak kompetitif dengan kelesesaan bilik. Cuma staff diorang je Iera kurang gemar sikit :p Iera dah book bilik superior King cuma dengan harga RM193 excluding 16% tax. Total Cost Rm223.90. Oh ya, waktu nak check-in mereka collect Rm300 including deposit. Breakfast kat hotel ni banyak pilihan tapi rasa makanan boleh kasi 3 star je. 

Untuk hari pertama , Iera plan nak makan Bee Hun sup daging tapi malang dagingnya tak ada :D Cuma ada perut dan paru-paru. Mujur Iera ni memang makan perut! :p Sedap kuahnya tak ada rasa ajinamoto! pekat pulak tu! Malang Iera tak tangkap pic tapi Iera boleh share dengan korang coordinate tempat-tempat yang Iera pergi ni! :) Kawan Iera order Chicken Chop! Sedap jugak sampaikan lutut ayam terjatuh kerana terlalu menikmati chicken chop :p


(5.389204, 100.463060)
Sungai Semambu, Opposite Masjid Tuan Abdullah near Kampung Tok Elong

Lepas kekenyangan , apa lagi balik hotel rehat dan menonton telebi. Fuhhh sejuk gila aircond kat Ixora ni. Malang Ixora tak ada bath tab untuk Iera berendam. Iera perlu lapangkan perut Iera sebab Iera nak isi kantong Iera lagi malam ni! 

Kelaparan melanda tengah malam, Fuhhh! Mari kita terjah De Pauh! :) Tempat ni popular dengan pilihan burger yang beraneka rasa. Untuk pengetahuan korang kat sini, daging Unta padang pasir pun ada. Harga jugak agak berpatutan. Iera telah memilih untuk tapau Mushroom Daging Cheese! Why Iera tapau? sebab Iera nak makan benda lain =.=


(5.403938,100.416691)





Haaa Chakk! Makanan Favourite Iera, Char Kuew Teow! Ouch! Iera selalunya datang mesti makan dua pinggan tapi disebabkan Iera ada beli burger Iera terpaksa korbankan char kuew teow lagi satu pinggan :'( Iera datang kedai ni hampir setiap bulan, rasa kuah tak pernah beza. Tetap sama saja rasanya. Kedai ni orang tak beri perhatian sangat sebab tempat yang tersorok. Harga Char Kuew Teow kat sini cuma Rm3.00!! Kalau kat KL mmg tak dapatlah harga gini! Balik hotel, Iera terus makan burger pulak =.= penuh gila kantong Iera!

 (5.365026, 100.446614)
Taman Sri Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pada keesokkan harinya , Iera breakfast kat hotel je. Iera suka betul sos thousand island kat sini. Sedap sehingga menjilat jari!! Oleh kerana mengantuk, plan nak pi tengok wayang pun dibatalkan. jadi Iera check-out then  terus menuju ke gerai Laksa Aunty. Special gerai ni sebab ada cucur taugeh! dicicah dengan kuah kacang. Sedap yang teramat! Iera siap bungkus bawak balik lagi kuah kacang. Maaf, sebab coordinate untuk kedai Laksa ni tak jumpa tapi tempatnya kat kawasan Taman bukit minyak, turn right near carrefour traffic light junction. 

Tengah panas ni pekena cendol hebat dari BM THE BEST CENDOL di tengah2 town Bukit Mertajam ni mmg sedap! Iera mintak pulut lebih! :p lembutnya kacang merah dia. manis cukup rasa! Auuuwww terangkat kening Iera! Total untuk 3 bungkus cendol + 1 cendol biasa + 1 cendol pulat lebih = Rm10.

Source : vkeong.com

(5.363974,100.461208)
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 72 m S

Seterusnya , Iera menuju ke De Pauh semula untuk belikan family Iera. Iera belikan Foot Long '12 Biasa untuk papa, Mushroom Daging Special untuk mama dan Bubu. Iera rasa ini je yang Iera boleh angkot bawak balik selain daripada jeruk. Iera duk lepak minum sementara tunggu diorang setup kedai. Fuhh kenyang teramat! Air segelas pun Iera tak dapat habiskan! kat sini air sedap betul. Tak kira lah apa air yang korang mintak. 

Wahh jam sudah menunjukkan 5:35 petang. Masa untuk berangkat pulang. Untuk pengetahuan korang , kat hotel Iera dah tengok waktu bas , jadi Iera tak der lah kalot sangat kalau kene tunggu lama atau terbeli tiket dgn ulat bas! Dekat perhentian bus Butterworth ada kedai jeruk , jadi singgahlah sekejap beli Rm10 :) 

Bas yang menjadi pilihan iaitu bas MARA LINER jam 6:15 petang. Harga tiket Rm31.20. Bas ni tepat jam 6:15 terus bergerak! Fuhh dahsyat! :) Harap-harap  Iera sampai KL cepat. Boleh balik rehatkan perut. Hahahaha.

Friday 11 May 2012

Visit Darul Saka =)

Hi semua. Hari ni dugaan cabaran sungguh :) balik dari office, tak ada elektrik kat rumah. Alangkah kurang keselesaannya tetapi tidak mengapa! Paling tak tahan hari ni aku nak pergi ke DARUL SAKA! Jawabnya memang tak mandilah aku! :p Korang tahu tak tempat apa Darul Saka tu? Darul Saka tu tempat perubatan yang dimiliki oleh TOK BELAGAK (Pak Long aku). 

Hari ni ada majlis kesyukuran kerana Tok Belagak telah menang dalam perbicaraan di mahkamah. Aku ingatkan kenduri kecil-kecilan sahaja. Siap pasang khemah macam ada majlis nikah =.="


Mak Long & Mak Usu


Dari kiri Nana, Yayai dan Atoi 


wahhh Saadiah dapat suapan istimewa dari Ibu :p


Anak dara pingitan? Aku paling tua, dan aku jugak yang tak nampak membesar =.="


Ibu & Mak Long menunjukkan senyuman menggoda :p


tak pasal-pasal tersepit o.0


auwwww~ my kampit beras!


Haaa Saadiah rakus tonggeng bekas air hahahha~

Hidangan malam ada pulut kuning, ada ayam rendang , ada daging rendang. Paling aku berkenan Apam Coklat! Lembut betul lah apam tu. Hampir 10 biji aku makan sorang lalalala~


kalau korang nak dapatkan perkhidmatan perubatan dari Darul Saka, Korang boleh la Klik >>> BLOG DARUL SAKA

Thursday 10 May 2012

Resepi / Recipes : Hotdog + Fishball + terung Masak Cili Api

Assalamualaikum kengkawan! Hari ni saya nak bebel pasal masakan saya yang seakan-akan cincai-cincai gitu. Why? Why? Sebab aku plan nak masak ikan bilis masak cili api, last2 aku main masuk je apa ada kat rumah sebab ikan bilis sebenarnya habis =,=


Hotdog + Fishball + Terung Masak Cili Api 


Bahan-bahan kisar:
  • Cili api 17-23 tangkai (bergantung kepada kuantiti)
    • jika cili api yang dibeli jenis terlampau pedas, campur kan sedikit cili merah.
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia
Bahan-bahan Masak :

  • 1 batang terung panjang (potong menyereng)
  • 1 paket kecil fish ball (dipotong 4)
  • 2 batang hotdog (dipotong menyereng)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  1. Goreng terung bersama kunyit dan garam kemudian asingkan.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi bersama (minyak yang digunakan untuk menggoreng terung tadi) sehingga naik minyak. Sementara menunggu naik minyak, masukkan fishball dan hotdog.
  3. Sudah naik minyak , masukkan garam dan gula sehingga cukup rasa dan masukkan tomato. Kalau terasa pedas lagi, masukkan gula dan tomato sehingga kurang rasa pedasnya.
  4. Kemudian masukkan terung yang dah digoreng tadi kemudian, gaulkan sehingga 2 minit dan boleh angkat masuk dalam pinggan.
Untuk pengetahuan korang, aku masak cincai bebenar =.= Dan aku tak ikut sangat kuantiti tu. Aku main bantai :D tapi tak pernah pulak tak menjadi!

Bahan-bahan masak tu, korang boleh tukar ikut suka . Sama ada nak ikan bilis saja pun boleh, nak masak ikan keli pun boleh! semua serba boleh :)

Selamat mencuba! 


p/s : Sorry sebab tak der gambar. Tak ingat nak tangkap pic :) 


>>buat Kak Ary , dan Nana (officemate) thanks sebab kata SEDAP! Nyamnyam

Saturday 5 May 2012

Kursus Jangka Pendek Rawatan Asas Muka

Assalamualaikum semua. Semalam aku mengikuti satu Kursus Jangka Pendek Rawatan Asas Muka selama 1 hari sahaja. Dalam kelas ni mula-mula mereka akan ajar korang basic kenali organ paling terbesar sekali dalam badan manusia. Tahu tak apa?

KULIT

Benda ni korang ada belajar waktu kelas sains dulu! 

Now aku nak kenalkan kepada korang semua bagi sesiapa yang sudah tak ingat. Kulit kita terbagai kepada 3 lapisan:

  • Epidermis (Lapisan Atas) - Mengandungi sel-sel mati di bahagian atas dan sel-sel hidup di lapisan bawah.
  • Dermis (lapisan tengah) - Mengandungi kolagen untuk mengekalkan kenajalan kulit.
  • Subcutaneous (lapisan bawah) - Mengandungi hanya tisu lemak untuk melindungi kulit daripada tekanan luaran.
Untuk pengetahuan semua, semakin umur kita meningkat makin berkurangan kolagen di lapisan tengah kulit kita. Jadi untuk menambahkan keanjalan kulit, kita perlukan kolagen ni. Sekarang pun ada jual macam-macam kolagen kat farmasi.

Sekarang mari kita kenali ciri-ciri jenis kulit:

  • Biasa / Normal
    • licin cerah dan sihat dan bertekstur halus
    • kelembapan yang seimbang
    • keanjalan yang baik , berasakan lembut dan liang roma tidak kelihatan
  • Kering
    • tegang dan bergaris halus
    • laing roma tidak kelihatan dan mudah menggelupas
    • solekan tidak dapat diadun dengan sempurna
    • kulit kelihatan nipis
  • Berminyak
    • berkilat dan berminyak
    • liang roma jelas terbukak
    • berjerawat dan bermasalah bintik hitam dan putih
    • solekan tidak tahan lama
  • Kombinasi
    • bahagian tengah seperti dahi hidung dan dagu (T-zone) lebih berminyak
    • bahagian pipi pula sama ada kering atau normal
  • Sensitif
    • kulit kelihatan nipis dan teganf
    • kelihatan salur darah kecil (capillaries) di permukaan kulit
    • terasa gatal dalam pertukaran cuaca
    • mudah menjadi radang apabila menggunakan alat solek yang tidak sesuai
    • terasa pedih apabila menggunakan penyegar

tengah wap kan muke si Nadia Hidayah (adik saya)



mask muke Nadia Hidayah


ini adalah vacuum jerawat.