Friday 27 August 2021

Keraguan , adakah ia benar?

Perasaan aku lagi enggak enak ya . Apakah petunjuk yang Allah beri kepada ku ini?

Setiap kali aku berdoa minta petunjuk untuk perkahwinan pasti hati aku berat dan sayu . Tarikh perkahwinan yang aku pilih dah semakin hampir tapi aku enggak lagi urusin hal pendaftaran . 

Tidak mudah bukan? Inilah dugaan buatku . Segelintir orang akan ada dugaan berbeda seperti , suami tidak bertanggungjawab dan sebagainya . 

Aku diduga dengan proses perkahwinan . Setiap kali bekas pacar aka melamarku , pasti akan aku larikan diri dari bahaskan hal itu . 

INSTINCT

Aku dari muda lagi memang dikurniakan instinct . Jika ada yang aku rasa keraguan pasti aku akan menundanya atau aku membatalkan sesuatu hal itu mahukan ia urusan bisnes .

Allah tidak berikan ragu-ragu dengan sengaja . Allah memberikan petunjuk satu-satu . itulah sebenarnya kenapa kita perlu berserah kepada Allah setelah berusaha sebaiknya mahupun niat aku untuk menunaikan ibadah perkahwinan . 

Sedih banget . kerana aku berusaha sebaik mungkin untuk perhubungan . Aku cuba untuk perbaiki hampir segalanya . 

walaupun aku dah tahu perkara sebenar tapi aku masih pura-pura senyum dan aku tahu apa bakal terjadi kelak . Aku bersyukur dalam tangisan kerana Allah menguji aku bukan såja , untuk aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya . 





Friday 16 July 2021

Covid-19 Delta Variant Spread within 15 second without Physical Contact

 COVID-19 VARIANT DELTA


Selepas kerajaan memaklumkan orang yang dijangkiti Covid-19 13000 memang tidak terkejut lagi kerana sebelumnya itu Sudan meningkat ke 11,000 sehari . 


Hari ini dikejutkan dengan berita dari luar negara , bahaya variant Delta ini boleh dijangkiti dalam masa 5-15 saat sahaja walaupun tiada bersentuhan secara fizikal .


Ini bermakna Covid-19 sekarang boleh dijangkiti melalui udara . Aku beli face shield dari online tapi atasnya tidak ditutup , malahan beli 15 unit lagi .


Mungkin ini aku boleh pakai face shield yang bisa menutupi dari atas kepala juga bagi menghadang segala kuman untuk masuk .


Malaysia pada saat ini belum ada kekosongan di hospital untuk pesakit-pesakit yang lain . Harap semua yang ada sekarang , mulai buat pembelin gas oxygen portable di rumah , vitamin C , multivitamin , D3 dan makanan alkali serta antioksidan .


Di sini saya sertakan juga gambar Air Hydrogen (Alkali) yang boleh meneutralkan tubuh . Hwater ini sahaja yang ada jenis Alkali . 

Wednesday 30 June 2021

Kehidupan Pasti Ada Tanda Tanya





Adakalanya kita tak akan nampak apa orang lain nampak . Kehidupan ini terlampau rumit atau manusia sendiri yang berfikir secara rumit?

Seorang diri ingin memahami situasi tapi adakalanya perasaan itu sendiri bermain dengan jiwa . Berlangsungan keliru antara perasaan dan keadaan semasa . 

Aku sendiri pasti jika soalan ini diajukan kepada kamu , pasti kamu juga perlu berfikir sebelum menjawabnya mahupun soalannya singkat dań mudah untuk difahami . 


"Apa yang kamu mahu dalam kehidupanmu?"


Mahupun aku berkali-kali berpacaran , tidak pernah satu kali pun aku berharap akan mengharap berakhirnya dengan pernikahan . Perihal yang aku fahami , Allah s.w.t sudah menetapkan jodoh siap dari kelahiran lagi . Untuk kali ini , berbeda . Aku suka , aku terlalu sayang . 

Dari dulu , aku sangsi apakah cinta itu perlu berkorban melepaskan atau perlu dikejar tanpa fikirkan hal lain? 


"Aku suka dia"


Buat kali pertama aku melihat di Instagram , aku langsung suka . Aku meneruskan melihat akaunnya , hati agak kecewa kerana dia sudah memiliki keluarga yang bahagia . Aku "like" fotonya dan Aku "Follow" cuma aku mengabaikan sahaja . 

Aku ingat dia duda . Ternyata anggapan aku salah . Aku langsungkan kehidupan seperti biasa . Di saat seluruh dunia sedang bergelumat dengan Covid-19 , kehidupan ku masih sibuk dengan bisnes medikal . Siapa sangka aku akhirnya kenal juga dengan jejaka yang "Aku suka" . Siapa sangka , kenalan itu tanpa sengaja tapi aku sendiri sudah melepaskan dan menganggap ia hanya atas urusan kerja dan berkawan sahaja . 

Kami rapat , like best buddy . Tiada lebih dari itu tapi ada saat MCO 1.0 aku jauh sakit kerana perihal dalaman . Aku menghilang , Aku tidak mahu bercakap dengan orang , Aku tak mahu jumpa dengan sesiapa pun kecuali sepupu rapatku , Adik . Dalam 2 minggu sebelum berakhirnya perubatanku , aku tidak rasa kelaparan dan tanpa aku sedar seminggu aku tidak menjamah sebarang makanan . 

Best buddy bertanya, kemana aku hilang setelah sekian lama? Aku menceritakan sedikit . Dia nak jumpa juga jadi aku menetapkan perjumpaan di rumahku semasa Hari Raya Qurban dan merupakan Hari terakhir perubatan . Siapa sangka , akhirnya pada penghujung petang , aku dapat melepaskan diri dari perasaan yang terikat ini . 


"Selamat (Selamat Tinggal) - Virgoun"


Syukur , Alhamdulillah . Berlinang air mataku , aku tiada rasa marah , aku cuma sedih kerana yang menyakitiku adalah orang yang aku sayang , orang yang aku percaya . Lepas sedar , tak semua Aku ingat . 

Aku belajar bersyukur dalam banyak hal . Mahu sesiapa pun yang pernah hadir dalam kehidupanku , mereka adalah pemberian dari Yang Maha Esa agar aku menjadi manusia yang lebih baik . Setiap kali aku teringat hal lalu , aku berdoa kapada Maha Pencipta .


"Ya Allah , aku bersyukur kepada-Mu tanpa mereka aku mungkin aku masih lagi lalai dań tidak sedar . Meskipun hatiku penuh kesedihan , meskipun hatiku patah , Kau jagakan orang-orang yang pernah hadir dalam hidupku dan permudahkan urusan meraka "


Jika semua ini tidak terjadi , pasti aku takkan ku temui Cinta yang sedang aku miliki sekarang yang menerima kekuranganku dan merubah caraku memandang dunia . Andai dulu aku paksa untuk terus bersama kamu, belum tentu kisah kita berakhir bahagia . Kisah yang mendewasakan kita berdua męski lewat luka . Satu hal yang kini aku mengerti , akan ada kata Selamat dan setiap kata Selamat Tinggal . 


"Titik Balık Hidupku"


Hidup itu indah jika kamu belajar melihat dengan mata hati . Aku cuba mendekatkan diri dengan best buddy . Alhamdulillah tiada halangan cuma janggal kerana terlalu lama tidak mendekatkan diri dengan orang lain . Alhamdulillah perhubungan kami kekal sehingga kehari ini . 

Aku bersyukur kami ditemukan , walaupun aku cuba mengelak . Aturan Allah itu hebat . Terima kasih sayang kerana menjadi titik balık hidupku .

Aku cuma suka , suka melihat gelagat kamu , suka akan cara kamu berpakaian , cara kamu bersiap . Kamu memang bisa buat aku tersenyum walaupun aku perlu membuat pilihan , aku tidak kesal apa pun jua keputusan yang aku pilih walaupun aku tidak ada kepastian apa penghujungnya . 

Aku cuma ingin menikmati waktu selagi ada , menghargai apa adanya . Bersyukur dengan kebahagiaan yang ada .





















Sunday 29 November 2020

Jalan-Jalan Cari Makan - Hameediyah Restaurant , Penang

 Musim PKPB ramai yang tepu duduk kat rumahkan? Sama la macam Iera . Naik tepu la kepala . Ini kali Iera nak berjalan sambil bekerja kat Penang . 

Perjalanan tidak susah sebab syarikat Iera bekerja dah keluarkan surat rentas negeri dan cuma perlu cop / isi borang polis sahaja . Alhamdulillah urusan dipermudahkan selepas ke IPD Gombak , pegawai polis baca surat tu katanya dah mencukupi tapi beliau cop sahaja terus kat surat tu , tak perlu isi borang lagi katanya sebab dah lengkap ! 

Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam dan terus ke Hameediyah Restaurant Penang sebab masa sampai jam 9 malam . Agak lambat untuk dapatkan makanan lain . PKPB sekarang perniagaan hanya boleh sehingga 10 malam sahaja . 

Kat KL ada je Branch tapi tak sesedap dan banyak seperti kat sini . Ini merupakan Hameediyah yang paling lama dan perniagaan ini diwarisi turun temurun . 

Iera bungkus dan makan kat hotel sahaja . Ya Ampun sedap sangat kari udang 😆 kalau korang nak beli standby duit lebih . I pelahap makan dua orang dekat RM150 . Lauk ambil banyak juga . 



Sunday 11 August 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN : EPIC FIT DAMANSARA PERDANA

Sebenarnya sewaktu iera tinggal di kawasan Damansara Perdana , iera memang selalu order epic fit ni delivery . Harga sangat berpatutan dan makanan diorang sihat sedikit dan menarik juga sebab ada burger yang sedap 

Kalau korang nak datang sini makan pun boleh , selalunya promotion walkin lebih murah . Hari ni iera akan kongsikan kat korang makanan yang iera paling suka kat sini . 

Saturday 8 June 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN : MOLTEN




Rasa tak jauh beza pun dengan dip n dip cuma yang ni i suka sebab dia ada drink ni . Kelakar juga bila rasa macam u minum chocolate 😂 

Not so sweet just nice tapi korang boleh pilih apa nak ! Chocolate white ke , dark ke . 

Okey my favourite yang Crispy with mashmellow tu , sbb sesuai dgn size badan i 😂
Makan banyak muak

Wednesday 28 March 2018

GARAM JANTAN BERUBAT


Assalamualaikum semua . Hari ini iera nak ceritta paasal Garam jantan . Bukan semua orang faham apa itu Garam Jnatan bila dok ccari katt interrnet , macm yang besar-besar sahaja Garam jantan 
Tapii sebenarnya Garam Jantan tu garam yang mcm tajam-tajam bentuknya . 

Selaluunya garam iniboleh beli kat NSK (kata nenek i) iera tak beli pun . Minta kat nenek sahaja . Ini digunakan untuk berubat . iera guna unuk berubat pagar rumah sebab iera baru pindah rumah baru , jadi nak elakkan apa-apa yang tak baik datang . 

Ini baru pertama kali pagar rumah dengan seorang abang ni . Beliau bagi iera air bagi kuat semangat sekali . Abang H campurkan air kolah 3 Masjid yang iera ambil petang tadi . Alhamdulillah urusan dipermudahkan . Harapnya sistem kolah di buat lagi bagi memudahkan urusan untuk berubat . 


Garam Kasar


Garam Jantan