Saturday 13 July 2013

Pengalaman : Pendaftaran SSM

Assalamualaikum
Hari ni I nak share pengalaman untuk daftar syarikat. Kalau tak salah I , yang kat The Mall tu dah tutup. Diorang dah pindah kat building SSM berdekatan dengan KL Sentral. I ingat bole la jalan kaki! Nak mampus? haha. Last-last I naik je teksi. Boleh dikatakan jauh juga dari KL Sentral.

Bila sampai kat bangunan tu , korang pergi kat kaunter pertanyaan tingkat berapa untuk daftar syarikat. I terlupa tingkat berapa. 

Bila korang dah sampai kat bahagian tu , pergi kaunter pertanyaan dan minta borang kosong untuk isi. I nasihatkan untuk korang balik fikir dulu ayat singkat yang sesuai untuk masukkan dalam borang tu. 

I punya SSM macam sakai sikit :p sebab ini kali pertama , So tak pasti nak tulis bagi clear macam mana. Please refer to the photo below :

Mereka akan ambik 100% macam mana yang korang tulis dalam borang.
Lepas korang dah isi borang , kena ambik nombor giliran untuk melakukan pembayaran. 

Lepas buat bayaran tu , korang still kena tunggu untuk dapatkan SSM bercetak. 

Sebelum pergi ke SSM , cuba korang google website dulu untuk tengok promosi apa yang ada. Ada juga yang offer murah.

Good Luck ;)

Ramadhan Penuh Keberkatan



Selamat Berpuasa buat semua umat Islam

Semoga kita sama-sama manfaatkan bulan puasa dengan sebaik mungkin

:)