Thursday 26 November 2015

Resepi : Puding Jagung

Puding jagung? takkan tak pernah dengar kan? meh nak cerita sikit pasal Puding jagung ni. Puding ni nampak mudah nak membuatnya tapi tidak mudah nak buat lemak , sedap dan texture yang mengagumkan. 

Saya pertama kali cuba buat puding jagung ni atas permintaan orang tersayang.
akan tetapi dia merupakan seorang yang kurang gula dan garam. 
Jadi berat gula akan berbeza dari biasa.


Bahan-bahan : 

1 cawan tepung kastad 
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair lemak (Saya pakai brand F&N)
1 tin jagung hancur
3 cawan air
secubit garam

Cara-cara memasak :

1. Bancuh tepung kastad dengan air sehingga sebati. 
2. Letakkan atas kuali , jangan buka api dahulu.
3. Masukkan susu cair, gula , jagung hancur, garam. Buka api kecil, dan kacau sehingga sebati sehingga pekat. (kacau sahaja, sampai pekat dan matikan api)
4. Letakkan dalam loyang kesukaan atau bekas acuan dan tunggu sehingga sejuk, boleh masukkan dalam peti ais. 

Selamat mencuba :D







No comments:

Post a Comment