Assalamualaikum semua :D
Apa khabar? Sekarang ni musim saya kuruskan badan. So tengah "mencuba" cari makanan yang kurang berat. Al-maklumla saya kan peminat nasi ;'(
Walaupun saya dah start pergi gym , saya tak pantang makanan saya sebab saya kan memang suka makanan :p
So hari ni kebetulan adik saya balik sebab Shah Alam air kena catu, so dia menghalaukan diri dia dari duduk kat asrama buat sementara waktu.
Hari ni saya ajar kawan-kawan nak masak macaroni goreng ; Adakalanya orang tak suka nak makan dgn sos prego tu ha. Al maklumla tekak melayu.
Bahan-bahan tumis ; di blender
6 ulas bawang kecil / 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
0.5cm halia
7 tangkai cili api
setengah genggam udang kering
Bahan-bahan lain ;
brocoli (potong kecil-kecil)
1/2 carrot
kacang peas (dipotong 3)
fish ball di potong 8
macaroni
kicap masak
Cara-cara :
1. Rebuskan macaroni sehingga lembut dan gebu , pastikan jangan terlalu lembut sehingga mudah hancur dan toskan atas penapis.
2. Mula-mula masukkan 3-4 sudu besar minyak dan panaskan dengan api yang sederhana. Lepas panas , masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan fish ball dan garam secukup rasa (lebihkan masin sedikit). Kemudian , masukkan macaroni tadi dan gaul rata. Masukkan pula kicap dan gaulkan sehingga rata.
4. Bila macaroni kelihatan kekeringan sedikit, masukkan sayur-sayur tadi dan gaulkan selama 2 minit. Boleh hias cantik-cantik dan makan dengan lahapnya ;P